“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Insya Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

I've been searching this song for a month. Luckily, Kak Timah sent it to me a few days ago.[Thanx Kak Timah (^^)] Love this song very much. Actually the song is in arabic. But as usual, I did not understand arabic well. So, here are the translation.


Insya Allah-Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

+21th Birthday+

بسم الله الرحمن الرحيم


29 Nov 2009 - Genap sudah umur saya 21 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumiNya ini. Semakin bertambah usia, semakin dekat kepada kematian...Syukran kpd sahabat2 atas ucapan dan doa kalian, tak kira samada melalui emel, fb @ sms. Oh ye, hari lahir sy dikongsi bersama Atiqah dan Pedot. Bak kata shbt2, tiga serangkai.

Terima kasih juga kepada department tempat saya praktikal, celebrate hari lahir saya in advance bersama Kak Dila dan Kak Mai, juga kpd Kak Nue yg bg sebiji kek b4 blik raya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan arwah abah kerana tidak jemu2 mendidik saya yang degil ni dari kecil hinggalah sekarang. Hanya Allah yang bisa membalas segala jasa mak dan abah.

21 tahun, saya dah layak mengundi. Jangan lupa mendaftar yea!

Ok, hendak mengemas pula. Petang nnt akan pulang semula ke Kerteh, menghabiskan 6 minggu lagi praktikal sebelum pulang ke UTP menjadi pelajar tahun akhir. Bersiap sedia utk final presentation dan final report. Semoga dipermudahkan segalanya...

p/s: Teringin nak mkn cheese cake la...yum2...

Percaturan ke-9

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu emel diterima oleh seorang sahabat:
Kpd shbt2 yg membaca emel ini, sila bnyk kan mbaca doa qunut nazilah,buat solat hajat,agar Parti Islam Semalaysia (PAS) menang..takbir!!!


“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

Ya Allah, berikanlah kemenangan kpd yg berhak, hancurkan kezaliman yg bermaharajalela selama ini...

Carilah Jodoh Beragama

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu. Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?
Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.


sumber: Harakahdaily (Fahri Abdullah al-Masri)

Baiti Jannati

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, at last tercapai gak hasrat nak blik rumah. Dah sebulan lebih tak blik. Jauh gak perjalanan dr Kerteh ke Taiping. Ada la dalam 10 jam, sebab transit kat KL. Baru rasa camne budak2 Ganu blik dr UTP ke sane...Esok sudah mahu pulang ke Kerteh semula (setelah cuti dr Jumaat - Isnin). Ble agaknya nak blik rumh semula?? Raya la jwbnya...

Cerita-ceriti ttg praktikal yg dah sbln lbih:

Dah sebulan lebih berpraktikal. Macam-macam perkara yg berlaku. Berpraktikal di PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. Mmg cita-cita sy. Alhamdulillah Allah makbulkan, walaupun menerima tawaran masa tgh final exam. Study week yg lps mmg sgt horror. Masa tu, placement utk internship tak dpt lg, nak study pun tak msuk kepala. Result??? Allahurabbi…

Kerteh, ape ade ngan Kerteh? Ada Mesra Mall. Mesra Mall?? Serious tak best MM tu. Kecik gile, kedai tak bnyk. Dah la Giant die tak buka. Tak faham btul kerenah birokrasi nih. Kos sara hidup kat sini agak mahal, boleh dikatakan setanding KL walaupun tade bangunan pencakar langit. Skali mkn confirm RM7 ke atas. Kat cni tade jam. Jln die straight jer, mcm highway. Paling teruja ble lalu kawasan plant kat Paka wktu mlm. Sgt cntik sbb bnyk lampu kat plant tu. Tp tahap pencemaran pun tggi la. Lagi satu kat cni dekat tepi pantai, bosan2 ajak osmet2 gi jln2 kat pantai petang2. Jln2 smbil bergambar, itu mmg keja kitorang osmet2 skalian. Sume jenis hantu kamera.hehe…

Terengganu? Best la. Stakat ni pernah ke Paka, Dungun, Kuala Terengganu, Kemaman, Seberang Takir, senang cerita dr selatan Terengganu smpi ke Kelantan dah la berjalan. Paling jauh smpai ke Tanah Merah, rumah Ain. Rumah Mira n Fakhirin (masa kakak die meninggal)pun dah smpi, tggl rumah Syakirah, Asma n Jime utk diziarahi. Rumah sape lg nak msuk dlm list? Hehe…Ble fikir2 blik, baru duk sebulan tp berjalan dah merata. Jauh gi umah Ain mcm jauh blik umah sndri. Cuma bezanya jalan kurang bahaya. Kadang2 jln2 ke Kuantan, sbb Kerteh ni tade ape pun. Dah kebal dah drive jauh2 ni. Best ble konvoi. Benarlah, bermusafir mengeratkan ukhuwwah.

Ofis? PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PMO), Kompleks Operasi PETRONAS, Kerteh. 10 mnt dr rumh. Tak la jauh sgt. Kerja dr Ahad-Khamis. Sy ditempatkan di Operational Performance Improvement Department. Satu dept ngan Kak Mai. Mmg sempoi dept ni. SV sy nama Kak Lisa, cantik n comel orgnya. Dept sy dept happy go lucky. Ade 18 semuanya termasuk 4 org trainee. Rutin harian dept, pagi2 breakfast kat pantry beramai-ramai. Kalau rajin, ade staff yg bwk breakfast. Paling suke moist cake Kak Nooreen, sedap…hehe…Slalu sy mkn laksam, nasi lemak atau nasi kerabu. Pastu sambung kerja. Kul 5 abis keja. Klu hari Khamis, blik kul 4. Itu rutin harian setiap mggu. Bnyk jugak prog yg sy join since msuk cni. Pertandingan Tilawah & Hafazan Al-Quran, SKG 16.1&16.2 ACD Roll Out Launching, buat poster, bunting, banner, montaj, dah jadi PnP lak.Tp best sbb involve event yg high level.

Hari tu Kak Dila sponsor breakfast. Mkn nasi kerabu, sedap (my feveret, msti la sdap). Pastu lunch ade org blanja gak. Mlm plak ade jamuan farewell trainee July 05 (Bnyk sgguh mkn…ish3, cne nak kurus nih). Esoknya lunch boss belanja kat Secret Recipe.huu~ Sempena farewell Asrul. Bnyk btul mkn free.

Pic sepanjang duduk kat Terengganu nih (tak bnyk pun, sume ade dlm camera Ain lg):

First day report duty, sibuk mengisi borang2..huhu..

Walau seteruk mana pun Kerteh ni (takde la teruk sgt), sy tetap bersyukur berada di sini. Kalau duduk KL, mungkin bnyk benda yg tak berfaedah yg sy akn buat (cth: jalan2 dlm mall). Walaupun penat dgn aktiviti2 yg disusun, tapi ianya pengalaman yg berharga buat sy. Penat di kampus lebih ke arah mental, penat ketika praktikal lebih ke arah fizikal. Persiapkan diri...infiruu~
Esok sudah mau blik, bas kul 5 ptg..what a long journey~ (-_-")

p/s: Mgkin akan jarang update sbb kekangan masa + tak berapa penting pun blog nih..